Siri Celosia Fresh Look

Ketinggian: 35cm

Sesuai Untuk Cuaca Panas

Siri ini mempunyai pertumbuhan yang bertenaga dan sihat dengan percabangan secara basal dan lateral. Mempunyai jangka hayat yang panjang. Bunganya adalah berwarna merah, kuning dan oren dan telah diiktiraf sebagai pemenang untuk pek dan dan juga amat sesuai untuk penanaman dalam taman.

Petunjuk untuk Kultur: Penanaman dimulakan dalam keadaan yang sedikit lembap dan kemudiannya kering. Elakkan dari memberi tekanan kepada tanaman (khususnya suhu yang rendah dan nutrien yang berkurangan) kerana pembungaan akan berlaku sebelum tanaman mencapai saiz yang mencukupi dan ini akan mengakibatkan kualiti tanaman menurun.

Pembajaan: Hanya kadar pembajaan yang sederhana diperlukan. Bubuh baja pada tanaman setiap minggu dengan kadar nitrogen pada 150-200 ppm. Baja yang digunakan haruslah seimbang. Elakkan tahap ammonium dan nitrogen yang terlalu tinggi. Elakkan kekurangan magnesium dengan menggunakan magnesium sulfat (0,025 %) 1-2 kali dan jika tanaman kekurangn zat besi, gunakan iron-chelate untuk 1-2 kali.

Gold Yellow Orange Red
Mix