Siri Celosia Gloria

Ketinggian: 20 cm

Sesuai Untuk Cuaca Panas

Siri 'Gloria' amat ideal untuk tanaman dalam pasu dan pek dengan ciri-cirinya yang berbunga awal, padat dan sihat. Bunganya yang besar dan berbulu memberikan pemandangan yang berwarna-warni dan cerah. Di kawasan yang panas dan cerah, 'Gloria' amat sesuai untuk digunakan sebagai hiasan untuk balkoni, patio dan sebagainya.

Petunjuk untuk Kultur: Penanaman dimulakan dalam keadaan yang sedikit lembap dan kemudiannya kering. Elakkan dari memberi tekanan kepada tanaman (khususnya suhu yang rendah dan nutrien yang berkurangan) kerana pembungaan akan berlaku sebelum tanaman mencapai saiz yang mencukupi dan ini akan mengakibatkan kualiti tanaman menurun.

Pembajaan: Hanya kadar pembajaan yang sederhana diperlukan. Bubuh baja pada tanaman setiap minggu dengan kadar nitrogen pada 150-200 ppm. Baja yang digunakan haruslah seimbang. Elakkan tahap ammonium dan nitrogen yang terlalu tinggi. Elakkan kekurangan magnesium dengan menggunakan magnesium sulfat (0,025 %) 1-2 kali dan jika tanaman kekurangn zat besi, gunakan iron-chelate untuk 1-2 kali.

Pink Scarlet Yellow
Mix