P

Hydrokorrels - LECA (Lightweight Expanded Clay Aggregate)

Pengenalan kepada Hydrokorrels - LECA (Beg 50liter)
Dikenali di Malaysia sebagai LECA (Lightweight Expanded Clay Aggregate) atau tanah liat kembang dengan pH seimbang.Pelet kembang ini membentuk media penanaman yang berliang dengan purata diameter di antara 8 hingga 16 mm. Sesuai untuk tanaman aeroponik dan hidroponik termasuk meja pasang surut dan sistem yang menggunakan cawan untuk menyokong tanaman. Ianya juga boleh digunakan sebagai hiasan tanaman dalam pasu.

Hydrokorrels mempunyai ciri-ciri berikut: -

  • Mempunyai nisbah udara kepada air yang seimbang

  • Memperlambatkan penukaran kadar pH dalam jangka masa panjang

  • Mudah diperah dan dibasahkan semula selepas penyimpanan

  • Boleh digunakan semula atau diuraikan untuk pelupusan yang selamat

  • Murah dan senang diperolehi

  • Ringan dan senang digunakan dalaman dan luaran

Apakah itu Hidroponik ?

Erti moden untuk hidroponik adalah penanaman tanpa menggunakan tanah. Apabila anda menanam secara hidroponik, kesemua nutrien dan air telah bersedia untuk tumbuhan (kaedah lama dengan campuran dalam pasu hanya boleh mengeluarkan 70% nutrien). Jadi, kaedah hidroponik menyenangkan tumbuhan untuk mendapatkan makanan dan air. Dengan itu, tumbuhan boleh menggunakan segala tenaga yang ada untuk bertumbuh dan bukannya berakar. Kaedah penanaman tanah memerlukan pengakaran yang banyak untuk mencarikan makanan dan air yang mencukupi. .

Jika Bukan Tanah, Apa Lagi?

Biassanya, terdapat beberapa jenis media penanaman yang boleh digunakan untuk sistem hidroponik. Media ini adalah kasar supaya terdapat liang udara / air di antara butiran yang membolehkan akar tumbuhan bernafas dengan lebih baik (menyenangkan akar untuk mendapatkan oksigen yang penting). Media penanaman yang dikatakan adalah termasuk: -

  • Coir Kelapa (sabut sekam kelapa, nama dagang umum adalah seperti Ultrapeat, Cocopeat, Coco-tek)
  • Perlite (Pelet kaca dengan udara kembung)
  • LECA (Lightweight Expanded Clay Aggregate)
Atas