u

Perlite (Batu Gunung Berapi Warna Putih dan Keliangan Tinggi) - 9kg, Beg 100l

Perlite adalah mineral gunung berapi yang unik. Ianya akan berkembang sehingga 13 kali dari jumlah asalnya apabila ianya dipanaskan sehingga 1700 F. Beratnya adalah di antara 80 128 Kg untuk setiap meter padu.

Setiap bijih perlite mengandungi sel-sel udara kecil yang tertutup atau gelembung. Mempunyai permukaan yang amat luas. Permukaan setiap partikel ditutup dengan rongga kecil yang dapat memerangkap kelembapan bagi akar tumbuhan dan keratan batang. Di samping itu, bentuk fizikal setiap partikel perlite membolehkan saluran udara terbentuk dalam campuran penanaman yang memberikan pengudaraan optimum.

Ciri-ciri hortikultur perlite berikut membolehkan pembentukan hampir ideal untuk keadaan struktur bagi pembesaran dan penyebaran media:

1)       Meningkatkan pengudaraan dan saliran

2)       Menyediakan kelembapan dan nutrien bagi tumbuhan

3)       Tidak organik dan tidak merosot

4)       Mempunyai pH neutral di antara 6.5 hingga 7.5

5)       Berfungsi sebagai penebat untuk mengurangkan perubahan suhu tanah yang melampau

6)       Steril dan bebas dari lalang dan penyakit

7)       Bersih, tidak berbau, ringan dan selamat digunakan

Atas