Apakah Kegunaan Vermiculite?
Vermiculite digunakan di seluruh dunia dalam industri pembinaan, pertanian, hortikultur. Ianya juga digunakan sebagai kalis api, penebat haba serta pembungkus bagi barang-barang berbahaya.
Dalam industri pertanian dan hortikultur, ianya dicampurkan dengan tanah, gambut, kulit pokok, kompos, baja and bahan organik kompos yang lain. Campuran ini mempunyai kelebihan berikut: -
1) Menyimpan air dan nutrien tanaman dengan lebih baik berbanding perlite
2) Membantu mengekalkan pengudaraan serta pengairan yang baik bagi tanaman
3) Mempunyai pH di antara 7.0 hingga 9.5
4) Mengekalkan kelembapan dan memastikan nutrien seperti magnesium, kalium dan fosforus kekal bagi membantu proses pertumbuhan tanaman
5) Kualiti tidak akan merosot, berkulat ataupun mereput