Begonia Dragon Wing Pink
Ketinggian: 30 - 40cm, Sebaran: 38 - 45cm
Amat Sesuai Untuk Cuaca Panas

Dragon Wing™ memberikan prestasi dalam taman yang sangat baik untuk pelbagai jenis keadaan. Dengan lengkungan yang unik dan cantik, tanaman menakjubkan ini dapat menyesuaikan diri pada pasu bergantung, bekas yang besar dan tanaman dalam tanah. Dragon Wing digunakan secara berleluasa oleh artis lanskap yang mana prestasi sepanjang musim adalah diperlukan. Toleransi terhadap kepanasan yang baik membolehkan pertumbuhan yang padat.

Dragon Wing menawarkan pandangan yang amat berbeza dari begonia biasa. Ianya senang disemai dari biji benih bersalut dan prestasi cabangan, pertumbuhan dan pembungaannya melangkaui variasi vegetatif yang lain. Dragon Wing akan tumbuh di antara ketinggian 12 hingga 15 in. (30 hingga 40 cm) dan menyebar sehingga 18 in. (45 cm). Jangka masa dari semaian sehingga penjualan adalah 16 minggu untuk pasu bersaiz 10-in. (25-cm). Penggunaan Dragon Wing di samping barang jualan dapat menarik perhatian dan memberikan maklumat yang berguna.