Bagaimana Wellcoat Bertindak Balas
Baja Wellcoat terdiri daripada nutrien yang berkualiti tinggi dalam bentuk butiran yang disaluti lapisan resin. Sebaik sahaja butiran bersentuhan dengan kelembapan dalam media penanaman (di atas 25% w/w), butiran itu akan mula menyerap wap air melalui liang mikroskopik dalam salutan. Kelembapan ini akan melarutkan kandungan nutrien secara perlahan, yang kemudiannya akan meresap terus ke dalam zon akar.
Kadar perlepasan adalah dikawal oleh suhu tanah di mana ianya akan menentukan kada penembusan wap air dan penyebaran baja. Apabila suhu meningkat, kadar pelepasan akan dipercepatkan dan sebaliknya. Kandungan air, nilai pH, aktiviti mikrob serta pertukaran tanah tidak akan mempengaruhi kadar pelepasan secara langsung. |